19
Fri, Apr

24 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 28 Oktober – Maritim Negeri Perak merampas 24 set bubu naga (bubu kambang) pada sekitar 0.2 batu nautika timur laut Pulau Talang, Perak kira-kira jam 4.20 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bubu ini dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PINTAS / OP TANJUNG dan OP TIRIS di perairan Perak melalui pelampung yang diikat pada pancang kayu bersama bendera yang mencurigakan di permukaan air.

Hasil tinjauan mendapati, pelampung yang diikat pada pancang kayu bersama bendera itu adalah penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

BUBU NAGA PERAK 2
 
 BUBU NAGA PERAK
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON