28
Thu, Mar

CUBAAN SELUDUP BERAS BERJAYA DIPATAHKAN MARITIM MALAYSIA

LAHAD DATU, 27 Oktober – Zon Maritim Lahad Datu telah berjaya menahan sebuah bot yang membawa beras tanpa kebenaran yang sah seberat lebih kurang 1,520 kilogram disyaki cuba diseludup ke negara jiran di kedudukan 0.4 batu nautika Barat Daya Telukan Sibet, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi berkata, bertindak berdasarkan maklumat perisikan yang diterima, bot ronda Zon Maritim Lahad Datu yang ketika itu sedang menjalankan rondaan OP Pluto Timur segera diatur gerak ke lokasi berkenaan pada pukul 1.35 pagi tadi.

Ketika tiba di kawasan berkenaan, dua buah bot pam berjaya dikesan sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan. Semasa merapati bot terbabit, suspek yang merupakan pengendali bot berkenaan dipercayai bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan berhampiran.

Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, anggota Zon Maritim Lahad Datu telah menemui beras pelbagai jenama seberat lebih kurang 1,520 kilogram disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Bot serta barang rampasan dianggarkan lebih kurang RM24 ribu dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan selanjutnya. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 kerana disyaki membawa beras tanpa kebenaran yang sah.

 

BERAS SELUDUP 2   BERAS SELUDUP 3   BERAS SELUDUP 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON