20
Sat, Apr

HARI INOVASI APMM | CAKNA INOVATIF, MALAYSIA MADANI

PUTRAJAYA, 24 Oktober – Sambutan Hari Inovasi 2023 Maritim Malaysia telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Putrajaya siang tadi.

Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Yang Berusaha Tuan Mohd Norzam bin Mustafa.

Bertemakan slogan pada tahun ini iaitu 'Cakna Inovatif Malaysia Madani' program ini telah diadakan secara hibrid iaitu peserta hadir bersemuka/fizikal serta warga Maritim Malaysia dari seluruh negara boleh mengikuti program ini secara atas talian.

Sebanyak tujuh kategori telah dipertandingkan pada tahun ini iaitu pertandingan mencipta logo dan slogan inovasi telah dimenangi oleh Puan Noorlin Haryatie binti Mohd Nordin manakala tempat kedua dimenangi oleh Encik Mohd Alimi , dan tempat ketiga dimenangi oleh Leftenan Komander Maritim Suhaili binti Deraman.

Selain itu terdapat pertandingan mencipta video pendek cetusan idea kreatif & inovatif, dimenangi oleh Encik Tajul Ariffin bin Jamaludin @ Yusof dengan video bertajuk Hidroponik, tempat kedua dimenangi oleh Encik Mohd Alimi bin Ayub dan tempat ketiga oleh Encik Harianto bin Salleh.

Turut diadakan pertandingan mencipta poster catan dan digital yang dimenangi oleh Leftenan Komander Maritim Muhammad Azizol bin Azmi dengan tajuk MSAR APPPS, kedua, Puan Rashida binti Abdullah, manakala ketiga, Puan Norliza binti Ramli.

Kategori keempat The Best Innovation Project, johan telah disandang oleh Kumpulan Smart Thinker dari bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim dengan Projek Bullet Picker dan Kumpulan Bullet dari Akademi Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dengan projek Flexible Firing Plate telah dipilih sebagai naib johan.

Sambutan Hari Inovasi turut mengetengahkan Pertandingan Persekitaran Pejabat Yang Kreatif & Inovatif bagi peringkat ibu pejabat dan Unit Integriti telah dinobatkan sebagai juara, manakala Unit Komunikasi Korporat dipilih sebagai naib juara dan Bahagian Perolehan tempat ketiga.

Bagi kategori seterusnya iaitu Pertandingan Innovation E-Games (PUB-G), tempat pertama dimenangi oleh Lab Crew dari Maritim Negeri Sarawak, kedua MNMNS dari Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dan ketiga, Bakekang Revival dari Maritim Negeri Selangor.

Kategori terakhir yang dipertandingkan ialah Pertandingan Teka Silang Kata Inovasi Online dimenangi oleh encik Mohd Shahril bin Jaafar dari Zon Maritim Kuala Kedah, tempat kedua Laskar Kelas I Maritim Nur Shafiqah binti Baseri dari Maritim Negeri Selangor dan ketiga ialah Laskar Kelas I Maritim Maryani binti Abd Ali dari Zon Maritim Lahad Datu.

Sambutan Hari Inovasi pada kali ini turut dimeriahkan dengan aktiviti menarik melibatkanpenglibatan pameran dan perkhidmatan dari agensi luar, gerai jualan PUSPANITA APMM, Kempen Derma Darah dari Pusat Darah Negara, Wellness on Wheels (WOW), Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

INOVASI     INOVASI 7   INOVASI 9   INOVASI 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON