25
Thu, Apr

SINAR FM DAN MARITIM MALAYSIA SIAR MESEJ KEPENTINGAN MENJAGA KESELAMATAN KETIKA DI LAUT

SUBANG, 12 Oktober – Sinarfm stesen radio di bawah rangkaian ASTRO dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan rakaman Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) berkaitan tanggungjawab menjaga keselamatan semasa melakukan aktiviti di laut terutamanya ketika perubahan angin monsun dan musim tengkujuh di Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) hari ini.

Penyampainya Hefny, Era Fazira dan Falyq dari rancangan Duo Sinar mewakili stesen radio berkenaan telah hadir bagi mengadakan beberapa aktiviti dan menemubual pegawai untuk Pesanan Khidmat Masyarakat yang dimaksudkan.

Selain temubual, ketiga-tiga penyampai berkenaan turut memberikan khidmat mereka sebagai penghargaan kepada Maritim Malaysia yang sentiasa menjaga keselamatan perairan negara dengan mencuci pesawat Maritim Malaysia yang baru selesai melakukan tinjauan udara.

Melalui aktiviti ini, Maritim Malaysia berharap mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat akan memberi impak lebih besar dengan penglibatan pihak media seperti Sinarfm yang mempunyai ramai pendengar dan pengikut tersendiri.

Maritim Malaysia mempelawa lebih banyak stesen media tempatan untuk mengadakan kerjasama strategik dengan pihak agensi ini agar hasrat untuk menyampaikan mesej keselamatan dan memaklumkan peranan agensi dapat diperluaskan kepada segenap golongan rakyat Malaysia

 

SINAR FM   SINAR FM 2   SINAR FM 3   SINAR FM 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON