28
Thu, Mar

TINJAUAN KE POS KAWALAN MATAKING BERI GAMBARAN SEBENAR PENUGASAN ANGGOTA KESELAMATAN

SEMPORNA, 10 Oktober – Satu tinjauan pemerkasaan pasukan keselamatan telah dilaksanakan hari ini melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tugas Bersama 2 serta Pengusaha Pelancongan Setempat

Tinjauan tersebut diadakan bagi melihat gambaran sebenar penugasan anggota pasukan keselamatan negara terutama STAR Team melalui Skuadron Gempur Sabah & Sarawak yang ditugaskan di Pulau Mataking, bersama-sama pasukan elit agensi sahabat iaitu Pasukan Gerakan Am dan Angkatan Tugas Bersama 2.

Melalui lawatan itu, delegasi lawatan telah diberikan pendedahan dan penerangan oleh Maritim Malaysia tentang keperluan pertambahan 166 perjawatan anggota lain-lain pangkat bagi mengisi perjawatan 30 bot serahan ESSCOM yang akan meningkatkan lagi kawalan keselamatan kedaulatan perairan negara terutama di kawasan ESSZONE Sabah.

Dalam lawatan itu juga, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa turut berkesempatan menyampaikan rangsum "Kit Maritim Madani" yang berupa keperluan makanan asas operasi kepada petugas keselamatan bagi menghargai komitmen dan usaha keras mereka dalam menjaga perairan Semporna.

Kit berkenaan diserahkan kepada Ketua Skuadron Gempur Sabah Dan Sarawak, STAR Team, Leftenan Maritim Nik Muhamad Hafizan bin Nik Muhamad Zawawi, Pegawai Pemerintah (PP) Komtak PGA Mataking, ASP Shankar Ganesh a/l Govindasami serta Ketua Platun Pos Angkatan Tugas Bersama 2, Kapten Muhammad Ikhwan Alif bin Mohd Zulkefli.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut, Pengarah Maritim Negeri Sabah & W.P.Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik, Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan Maritim Malaysia, Dato' Barkhiya bin Shahiruddin, Pengarah Bahagian Sumber Manusia Maritim Malaysia, Tn. Hj. Ghazali bin Hizam, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Tuan Mohd Shahreen bin Ahmad Saman.

Pada program yang sama Team Info On Boat Jabatan Penerangan Negeri Sabah turut terlibat bagi menyebar luas tugas dan tanggungjawab anggota keselamatan negara kepada masyarakat setempat.

 

POS MATAKING 3   POS MATAKING 5   POS MATAKING 2   POS MATAKING
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON