18
Thu, Apr

MARITIM NEGERI PAHANG | PREVENTIVE SAR BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KUALA ROMPIN

KUANTAN, 11 Oktober – Maritim Negeri Pahang telah menganjurkan Program Preventive SAR (Pencegahan CARILAMAT) bersama komuniti nelayan di Pantai Bernas, Rantau Panjang, Kuala Rompin, semalam.

Program itu diadakan dengan kerjasama komuniti nelayan bot fiber dan tradisional serta Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Program ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain serta pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang dan Pos Maritim Teluk Gading.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Kepten Maritim Muhamad Suhairy diikuti sesi dialog bersama komuniti maritim bagi membincangkan isu-isu semasa dan aduan yang berkaitan dengan Maritim Malaysia.

Objektif utama program ini adalah bagi memberi kesedaran dan menjadi platform perkongsian maklumat kepada komuniti nelayan mengenai langkah-langkah keselamatan ketika berada di laut bagi memupuk kesedaran penggunaan jaket keselamatan dan ‘Personal Locator Beacon’ (PLB) selain penerangan terhadap penggunaan aplikasi MCG Info dan myCuaca.

Di akhir program, Maritim Negeri Pahang turut menyerahkan risalah dan pelekat khas mengenai talian ‘hotline’ Maritim Malaysia kepada para peserta bagi memudahkan mereka menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut.

 

WhatsApp Image 2023 10 11 at 12.34.45 PM 3   WhatsApp Image 2023 10 11 at 12.34.45 PM 5   WhatsApp Image 2023 10 11 at 12.34.46 PM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON