24
Wed, Apr

SAREX MMRO | EKSESAIS BERSAMA APMM, MKN NEGERI SARAWAK DAN LEMBAGA PELABUHAN BINTULU

BINTULU, 10 Oktober – Majlis Perasmian Search and Rescue Exercise Level 3, Maritime Mass Rescue Operation (SAREX MMRO) telah disempunakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Bintulu, Menara Kidurong, Bintulu pagi tadi.

SAREX LEVEL 3 MMRO ini merupakan julung kalinya diadakan di negeri sarawak, melibatkan hampir 500 pegawai dan anggota dari 37 agensi, jabatan, pihak media serta urus setia yang bermula pada 10 Oktober sehingga 12 Oktober 2023.

Tujuan utama SAREX MMRO pada kali ini adalah untuk meningkatkan persefahaman, keupayaan untuk mengkoordinasi dan membina hubungan kerjasama yang padu di antara Maritim Malaysia dengan agensi/jabatan terlibat dalam OPERASI CARILAMAT selain meningkatkan kemahiran serta keupayaan sedia ada melibatkan jumlah mangsa berskala besar di mana keupayaan untuk menjalankan operasi biasa adalah tidak mencukupi.

Selain itu, eksesais ini turut untuk menguji keberkesanan Pelan MMRO 2022 iaitu menerangkan pelaksanaan dan pengendalian CARILAMAT di MRSC Kuching.

Sebanyak dua buah pesawat diatur gerak dalam eksesais ini iaitu aset milik TUDM dan PGU serta 10 buah kapal dan bot dari pelbagai agensi CARILAMAT sahabat yang lain.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak, Encik Mohammad Haffizie bin Putit, dan Penolong Pengurus Besar Operasi Lembaga Pelabuhan Bintulu serta wakil-wakil ketua agensi sahabat yang terlibat.

 

FRONT PAGE SAREX MMRO   WhatsApp Image 2023 10 10 at 7.32.56 PM   WhatsApp Image 2023 10 10 at 7.32.56 PM 1   WhatsApp Image 2023 10 10 at 7.32.57 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON