25
Thu, Apr

LAWATAN KERJA RASMI TINJAUAN KESIAGAAN OPERASI OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI KE PEJABAT ZON MARITIM MIRI

MIRI, 6 Oktober – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Bin Haji Mohd Amin telah membuat Lawatan Kerja Rasmi ke Pejabat Zon Maritim Miri hari ini bersempena destinasi terakhir Program Tinjauan Kesiagaan Operasi beliau di Negeri Sarawak.

Meskipun hadir bagi melaksanakan tugas rasmi, beliau sempat beramah mesra bersama warga Zon Maritim Miri bagi mengukuhkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan anggota.

Beliau menekankan kepada semua anggota agar menjalankan tugas secara berpasukan dan jangan bekerja secara bersendirian atau secara 'SILO'.

Beliau menegaskan bahawa memikul tanggungjawab sebagai penguat kuasa yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia merupakan satu amanah yang besar.

Menerusi lawatan kerja tersebut, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Bin Haji Mohd Amin telah melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Zon Maritim Miri dan kuarters penempatan pegawai dan anggota agensi di Kampung Pulau Melayu, Miri yang dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun 2024.

Beliau berharap dengan bermulanya operasi Zon Maritim Miri di pejabat yang baharu dapat meningkatkan motivasi dan prestasi kerja warga Zon Maritim Miri.

Ketibaan Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Bin Haji Mohd Amin ke Zon Maritim Miri, Maritim Negeri Sarawak disambut oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Bin Haji Paing dengan diiringi Kawalan Kehormatan Setempat (KKS).

Turut serta dalam lawatan kerja itu, Pengarah Martim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta beberapa lagi pegawai kanan dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

 

TKPO MIRI
 
TKPO MIRI 3
 
TKPO MIRI 5
 
TKPO MIRI 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON