25
Thu, Apr

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS TIMBALAN KETUA PENGARAH PENGURUSAN MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 4 Oktober – Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diadakan secara ringkas Ibu Pejabat agensi di sini hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, majlis ini diadakan sebagai simbolik kesinambungan tugas yang telah dipikul oleh Tuan Khairul Anwar bin Bachok bagi diserahkan kepada Tuan Norzam bin Mustafa yang menggantikan beliau mengisi jawatan berkenaan.

Beliau turut berkata, sepanjang berada di Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar telah melaksanakan pelbagai perubahan khususnya pengurusan di agensi ini.

Datuk Saiful juga menyatakan keyakinan Tuan Norzam akan dapat membantu dan meningkatkan lagi prestasi pengurusan Maritim Malaysia berdasarkan kepada pengalaman beliau sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN dan perkhidmatan-perkhidmatan terdahulu beliau.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan sesi penyerahan nota serah tugas berkenaan.

Turut hadir pengarah-pengarah bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Tuan Khairul Anwar telah menabur bakti di Ibu Pejabat Maritim Malaysia lebih 2 tahun dan kini diberi tanggungjawab memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkuatkuasa 25 September lalu.

Manakala Tuan Norzam sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) lebih setahun dan kini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

 

TKPP BARU   TKPP BARU 2   TKPP BARU 4   TKPP BARU 5 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON