19
Fri, Apr

10 KRU BOT TUNDA DITAHAN KERANA TIDAK MEMAKLUMKAN PERTUKARAN NAKHODA

KUCHING, 3 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak menahan sebuah bot tunda bersama barge kerana gagal mengemukakan bukti pertukaran nakhoda secara bertulis di dalam 'Certificate of Malaysia Registry' di kedudukan lebih kurang 1 batu nautika timur laut Tanjung Po Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, pada 1 Oktober lalu sekitar jam 12.05 tengah hari, sebuah bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam OP PERMAI dan OP TIRIS telah mengesan sebuah bot tunda sedang bersauh bersama barge.

Bot ronda Maritim Malaysia seterusnya merapat dan melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda itu mendapati, terdapat 9 warga asing dan seorang warga tempatan berada di atas bot tunda dan barge terbabit.

Namun, kesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Bot tunda dan barge itu diiring ke kawasan bersauh berhampiran Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat.

Maritim Negeri Sarawak menasihati masyarakat khususnya komuniti perkapalan agar sentiasa peka terhadap undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.

Sebarang maklumat salah laku atau kegiatan jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera.

 

KUCHING NAKHODA 2
 
KUCHING NAKHODA 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON