29
Fri, Mar

VIDEO TULAR | TINDAKAN PANTAS APMM GAGALKAN PENGGUNAAN 158 BUBU NAGA DI PERAIRAN TANJUNG PIANDANG

LUMUT, 3 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak telah melakukan tindakan pantas dengan merampas 158 bubu naga hasil satu video tular berkaitan aktiviti yang dilakukan oleh lima warga asing yang dirakam oleh nelayan tempatan baru-baru ini.

Video tular itu berdurasi 55 saat telah memaparkan sekumpulan nelayan asing melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Tanjung Piandang, Perak pada 19 September lalu.

Video tular tersebut terdiri daripada dua video kejadian sama yang telah dimuat naik oleh dua individu berbeza melalui platform media sosial Facebook dan TikTok pada hari yang sama.

Bertindak atas maklumat, Maritim Negeri Perak telah melakukan risikan dan pemantauan serta mendapati, pengusaha bot tersebut merupakan seorang warga tempatan berbangsa cina yang berpangkalan di jeti Bagan Utara, Tanjung Piandang, Perak.

Berikutan itu, sebuah bot peronda Zon Maritim Kuala Kurau telah diatur gerak ke lokasi berkenaan pada 23, 24 dan 27 September 2023 bagi mengutip bubu naga terbabit.

Hasil risikan turut mendapati pengusaha bot berkenaan yang ditularkan itu juga dipercayai telah mengambil dan menyimpan bubu naga serta tidak keluar beroperasi selama beberapa hari dalam tempoh tersebut.

Difahamkan, bot tersebut menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah pukat hanyut seperti mana yang tertera dalam syarat lesen.

Pemantauan dan risikan oleh Maritim Negeri Perak akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah bubu naga daripada terus berleluasa.

Orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar terus berkongsi maklumat jika terlihat sebarang pelanggaran undang-undang di laut sebagai mata dan telinga pihak berkuasa.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

WhatsApp Image 2023 10 02 at 9.28.17 PM   WhatsApp Image 2023 10 02 at 9.28.18 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON