29
Fri, Mar

MEDEVAC | BANTUAN MEMBAWA SEORANG NELAYAN KEMBOJA PENGSAN DI PERAIRAN PERAK

KUALA KURAU, 17 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah melaksanakan Medical Evacuation (MADEVAC) bagi membantu seorang kru bot nelayan tempatan kelas C2 warga Kemboja bagi mendapatkan rawatan segera setelah pengsan ketika berada di kedudukan 20.1 batu nautika Barat Laut Kuala Terong, Perak pada Jumaat lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, maklumat MEDEVAC itu diperolehi daripada Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Perak yang berpengkalan di Lumut dan pasukan bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan seorang kru nelayan warga kemboja yang berada di bot nelayan tempatan kelas C2 telah pengsan.

Mangsa Some Phea berumur 50 tahun dipindahkan ke bot Maritim Malaysia bagi dibawa ke jeti Bagan Panchor untuk menerima rawatan. Mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut.

Maritim Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam MADEVAC pada kali ini dan menasihati kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan serta mematuhi undang-undang ketika berada di laut.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh laporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

MEDEVAC
 
MEDEVAC 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON