29
Fri, Mar

OP KASMAR | MARITIM MALAYSIA DAN KASTAM SEPAKAT PERKASA KERJASAMA STRATEGIK

PUTRAJAYA, 11 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), menerima satu lawatan kunjung hormat pagi tadi oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Seramai 13 Pegawai Kanan JKDM diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), YBhg Dato’ Sazali bin Mohamad disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, YBhg Laksamana Madya Maritim Hamid bin Hj Mohd Amin.

Usai sesi kunjung hormat, satu perbincangan sektor operasi diadakan di antara kedua-dua pihak.

Bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara, pelbagai inisiatif dilontarkan terutamanya dalam mendepani cabaran penguatkuasaan yang kompleks serta mencabar.

Maritim Malaysia dan JKDM capai kata sepakat untuk bekerjasama menerusi jalinan strategik pelbagai sektor, antaranya mewujudkan operasi penguatkuasaan bersama antara Kastam - Maritim Malaysia atau 'OP KASMAR'.

Faktor yang menjadi asas perbincangan adalah memantapkan penguatkuasaan undang-undang persekutuan di bawah AKTA KASTAM 1967.

Umumnya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada di antara kedua-dua agensi khususnya dalam aspek operasi meliputi elemen perisikan, prosedur tetap operasi (PROTAP), mewujudkan markas operasi bersama (MOB) khususnya ketika operasi khas diaktifkan.

Kedua-dua agensi juga bersetuju untuk memantapkan peranan Maritime Command Centre (MCC) dan Sistem Awasan Laut Maritim (SWASLA) dengan menempatkan beberapa pegawai JKDM disamping memanfaatkan penggunaan bersama fasiliti dan aset-aset operasi di kedua-dua agensi.

Selain itu, aspek pembangunan modal insan seperti meningkatkan keupayaan serta kecekapan pasukan khas JKDM iaitu COBRA menerusi latihan komprehensif bersama Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) turut dibincangkan.

Begitu juga daripada aspek latihan dan akademik, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkasakan peranan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL).

Jaringan kerjasama ini dijangka memberi nilai tambah dan hasil positif kepada negara serta dilihat bahawa Maritim Malaysia dan JKDM amat serius dalam usaha menjaga dan memelihara keselamatan perairan negara.

 

KASMAR 2
 
KASMAR 4
 
KASMAR 5
 
KASMAR 7
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON