25
Thu, Apr

TIADA LESEN BOT SERTA MENGGAJIKAN PATI, BOT FIBER DITAHAN

PELABUHAN KLANG, 10 Ogos – Akibat gagal mempamerkan dokumen dan tidak mengemukakan permit kerja atau sebarang dokumen kebenaran bekerja di atas bot, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot fiber ketika sedang melakukan aktiviti perikanan di sekitar perairan Banting, kira-kira pada jam 3.15 petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Shahrenliza bin Ghazali berkata, bot fiber yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang terlibat dalam OP EHSAN dan OP TIRIS pada kedudukan sekitar lima batu nautika barat daya Pantai Batu Laut Banting, Selangor dalam keadaan yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan awal pasukan Maritim Malaysia mendapati, bot fiber itu dikendalikan seorang warga tempatan berumur 47 tahun dan dua warga India masing-masing berumur 37 dan 39 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot nelayan berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mempamerkan dokumen bot yang sah dan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

Hasil siasatan awal mendapati dua warga India telah dibayar gaji bulanan sebanyak seribu lima ratus ringgit dengan komisyen tambahan mengikut jumlah hasil tangkapan.

Kesemua kru dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 08 10 at 10.19.00
 
WhatsApp Image 2023 08 10 at 10.19.01
 
WhatsApp Image 2023 08 10 at 10.19.01 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON