29
Fri, Mar

OPERASI PATKOR OPTIMA MALAYSIA – INDONESIA, BANTERAS JENAYAH RENTAS SEMPADAN

BATAM, 6 Julai – Patrol Terkoordinasi Operasi Tindakan Maritim Malaysia - Indonesia atau singkatannya ‘PATKOR OPTIMA MALINDO’ antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) diteruskan dan kini telah memasuki siri ke-30A 2023.

Operasi yang diadakan secara dwi-tahunan ini telah dirasmikan siang tadi dan dilaksanakan di Perairan Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.

Majlis disempurnakan secara bersama oleh Laksamana Muda Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Maritim (BPPM) dan Laksma BAKAMLA Friche Flack , M.Tr.Opsla, Ketua Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) Indonesia.

Seperti tahun sebelumnya, operasi ini turut melibatkan beberapa agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (Polis Marin - PDRM), Tentera Nasional Indonesia (TNI AL), Direktorat Jenderal Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan (PSDKP), Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI), Direktorat Jendral Bea dan Cukai (Indonesia) dan Direktorat Jenderal Perhubungan Laut (HUBLA).

Sebanyak tiga aset dari Malaysia dan enam dari Indonesia terlibat iaitu KM MARUDU milik Maritim Malaysia, dua bot peronda milik Polis Marin iaitu PA 50 dan PA 51, KN BELUT LAUT (BAKAMLA), KRI ALAMANG (Tentera Nasional Indonesia, TNI AL) , KP HIU 17 milik, KP ANTAREJA 7007 (POLRI), BC 8006 milik Bea Cukai, KN RANTOS P 210 milik HUBLA.

Operasi ini berupaya menjadi platform kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam membanteras jenayah rentas sempadan serta mengimplementasikan praktis penguatkuasaan yang terbaik dan relevan.

Seusai majlis perasmian, delegasi dan tetamu kehormat dibawa melawat ke aset-aset yang terlibat dalam operasi di Pelabuhan Batam.

 

52f9e4c1208074c052f9e4c1208074c0WhatsAppImage2023 07 06at17.55.42   0f14fae71f1fa3cc0f14fae71f1fa3ccWhatsAppImage2023 07 06at17.55.43   216a18c161e304de216a18c161e304deWhatsAppImage2023 07 06at17.55.41
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON