KUALA LUMPUR, 4 Julai – Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim hadir bagi memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Singapura 2023 (Singapore Armed Forces Day 2023) yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur petang semalam.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, H.E. Vanu Gopala Menon bersama Penasihat Pertahanan Singapura, Kolonel Dean Tan Wah Kheng menyambut baik serta mengalu-alukan kehadiran Pemangku Ketua Pengarah yang secara tidak langsung mewakili Agensi ke majlis tersebut.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan serta beberapa lagi Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia.