20
Sat, Apr

BERSAUH TANPA KEBENARAN, SEBUAH BOT PERSIARAN DITAHAN

MERSING, 25 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing telah menahan sebuah bot persiaran yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan sekitar 0.3 batu nautika barat laut Pulau Tengah pada pukul 5.15 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, pasukan operasi telah memeriksa dan menahan bot itu ketika dalam rondaan rutin OP JAKSA dan OP TIRIS di perairan tersebut.

Menurutnya, bot persiaran yang berpendaftaran di New Zealand itu dikendalikan oleh seorang warga New Zealand bersama isterinya merupakan warga Australia, dan tiga warga Indonesia berumur linkungan 39 hingga 74 tahun memiliki pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda bot tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan tidak memaklumkan ketibaan di perairan Malaysia serta di dapati bersauh di kawasan taman laut.

Kesemua kru dan bot ditahan mengikut Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran.

Bot serta kru ditahan dan dibawa ke Pejabat Maritim Malaysia, Zon Maritim Mersing sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

9db79070870211b69db79070870211b6WhatsAppImage2023 06 24at16.10.28 
 
 4ba5e11f578808214ba5e11f57880821WhatsAppImage2023 06 24at16.10.2828129
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON