23
Tue, Apr

LELAKI DITAHAN CUBA SELUDUP 1.5 TAN BENIH KERANG

ALOR SETAR, 21 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kedah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 1.5 tan benih kerang menggunakan bot fiber pada jarak sekitar 0.5 batu nautika timur pesisir Padang Keria, Sanglang pada jam 4.14 petang semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan bersama sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran dilakukan oleh bot ronda milik Maritim Malaysia semasa melaksanakan rutin rondaan OP AMAN di sekitar perairan Kuala Kedah.

Bot fiber berkenaan bergerak dalam keadaan mencurigakan cuba memecut laju selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum dipintas dan ditahan pasukan operasi.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot fiber yang membawa 100 guni penuh benih kerang itu adalah dalam perjalanan menuju ke sempadan negara jiran disyaki cuba menyeludup benih kerang terbabit ke Thailand.

Bot, enjin dan benih kerang yang dianggarkan bernilai RM80,000 ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan, Perkara 4(3) Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002) iaitu larangan terhadap mana-mana pihak yang mengambil sebarang benih spesis kerrang dari lokasi habitat semulajadinya boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Maritim Malaysia akan terus komited dan mengandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya menjelang musim perayaan – Hari Raya Aidiladha.

Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah atau insiden di laut orang ramai boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

 

040a31e21a68721da8d9608a96b2651bBENIHKERANG4   c4cf7070968df92ec4cf7070968df92eBENIHKERANG2   d3372000325c9d45d3372000325c9d45BENIHKERANG3   db7c94072d40ec8d69b94156baa7ece8BENIHKERANG5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON