23
Tue, Apr

LAPAN KRU TERMASUK NAKHODA DITAHAN ATAS KESALAHAN MEMUNGGAH DIESEL HAK KERAJAAN

KUCHING, 16 Jun – Seramai lapan kru termasuk nakhoda ditahan Maritim Negeri Sarawak atas kesalahan melakukan kerja-kerja pemunggahan minyak diesel hak kerajaan tanpa kebenaran ke kapal tangki yang tidak dikenal yang dianggarkan bernilai RM215 ribu pada pukul 4.00 pagi, Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, penahanan itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima oleh Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot tunda berkenaan dikendalikan oleh lapan kru termasuk nakhoda, kesemua kru adalah warga tempatan berumur lingkungan 24 tahun hingga 73 tahun.

Kesemua kru ditahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana kesalahan pecah amanah iaitu dipercayai telah menjual minyak diesel yang dibekalkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tugasan pengukuran laut.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan, jenayah maritim atau kecemasan di laut terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544/ 010-7728909 yang beroperasi 24 jam.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON