19
Fri, Apr

MAYAT LELAKI TANPA IDENTITI DITEMUKAN TERAPUNG DI KEPULAUAN SEMBILAN

LUMUT,15 JUN - Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menerima aduan mengenai penemuan satu mayat lelaki tanpa identiti di sekitar Perairan Kepulauan Sembilan sekitar jam 3.35 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya'akup berkata aduan tersebut diterima dari nelayan tempatan yang menemukan mayat itu dalam keadaan terapung sebelum menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak.

Maritim Negeri Perak mengerakkan bot peronda Benteng 06 tiba ke lokasi kejadian pada jam 4.43 petang bagi mengambil mayat tersebut untuk dibawa ke Jeti Perikanan, Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim tampil ke balai polis berhampiran sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang atau tidak balik ke rumah dalam tempoh melebihi 24 jam bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat, insiden kecemasan atau aduan mengenai jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

MAYAT TERAPUNG

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON