18
Thu, Apr

HKKM 2023 | PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM 2023 NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 15 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan di Laut dengan kerjasama syarikat Multi Discovery Sdn Bhd MDSB - KACC - CHEC Joint Ventures sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) Selasa lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, program ini turut disertai agensi sahabat iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Pulau Pinang.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pekerja dan majikan tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan di laut.

Latihan yang berorientasikan 'Emergency Drill' ini merupakan latihan keselamatan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu latihan praktikal tatacara menyelamat orang jatuh laut dan penerangan mengenai aspek keselamatan semasa berada di laut.

Pada program yang sama, pihak Maritim Negeri Pulau Pinang turut memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai tatacara penggunaan alat Personal Locator Beacon (PLB).

Program Kesedaran Keselamatan ini diadakan di sekitar perairan Batu Uban, Pulau Pinang dengan melibatkan 25 peserta yang terdiri daripada kakitangan syarikat yang mengambil bahagian.

 

2c015089b8cba3d72c015089b8cba3d7HKKMMNPINANG3   c760051b190565aec760051b190565aeHKKMMNPINANG4   9dd80ca203450c3b9dd80ca203450c3bHKKMMNPINANG5   979998ba01c7cc38979998ba01c7cc38HKKMMNPINANG2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON