25
Thu, Apr

VIRTUAL REALITY & DEMONSTRASI STAR TEAM APMM TARIK PERHATIAN WARGA PORT DICKSON

PORT DICKSON, 14 Jun – Virtual Realty (VR) aksi anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang menjalankan operasi menjadi tarikan pengunjung di reruai Maritim Malaysia sempena Majlis Peluncuran Projek Katalis Lembah Wawasan 2.0 hari ini.

Turut dipamerkan kepada pengunjung ialah beberapa replika kapal dan bot maritim serta model pakaian anggota Maritim Malaysia antaranya ialah Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), Juruterbang Maritim, Perenang Penyelamat (Rescue Swimmer) yang bertugas di samping pengunjung berpeluang mendapat penerangan dan maklumat tentang peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri II, YAB Dato' Sri Fadillah Yusof yang turut meluangkan masa hampir 15 minit melawat ke reruai Maritim Malaysia dan mencuba sendiri peranti aplikasi Virtual Reality.

Di luar dewan pameran, pelbagai aktiviti 'outdoor' turut disusun dan Maritim Malaysia mengambil bahagian dalam membuat demontrasi menyelamat tebusan yang dilakukan oleh pasukan STAR TEAM yang diadakan di persisir pantai Port Dickson.

Rata-rata pengunjung merasa teruja dengan persembahan yang disajikan sempena program berkenaan.

Turut hadir sempena majlis pada hari ini ialah Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak @ Ishab.

 

WhatsApp Image 2023 06 14 at 12.36.58 
 
WhatsApp Image 2023 06 14 at 12.36.58 1
 
 WhatsApp Image 2023 06 14 at 12.37.04
 
 WhatsApp Image 2023 06 14 at 12.37.02
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON