20
Sat, Apr

DUA NELAYAN WARGA INDONESIA HANYUT DIHANTAR PULANG

KOTA TINGGI, 13 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah berkerjasama bersama Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) bagi membantu menghantar pulang dua nelayan warganegara Indonesia yang hanyut di Pengerang pada 26 Mei lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata dua nelayan warga Indonesia Hendri, 38 tahun dan Tarmizi, 19 tahun dilaporkan keluar menangkap ikan sebelum bot yang dinaiki karam akibat cuaca buruk dan keduanya hanyut ke perairan Malaysia.

Majlis penyerahan kedua-dua mangsa dilakukan di atas kapal KN BELUT LAUT milik Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) di sempadan perairan Malaysia - Indonesia.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Johor kepada Kepala Zona BAKAMLA Barat, Laksma Bakamla Syufenri M.Si dan disaksikan oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia, Bapak Sigit S. Widianto.

Maritim Negeri Johor sentiasa berkerjasama dengan pihak KJRI dan pihak berkuasa Republik Indonesia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negeri Johor yang bersempadan dengan Republik Indonesia.

 

37841b4e5ae309c02c589c21287a3556SERAHNELAYAN
 
e8e700fbb2c1e4a9e8e700fbb2c1e4a9SERAHNELAYAN2
 
ff24e660eb7e65750026ead4bad7d11aSERAHNELAYAN3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON