29
Fri, Mar

SEBUAH BOT PAM DITAHAN DISYAKI TERLIBAT DALAM KEGIATAN BOM IKAN

LAHAD DATU, 12 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan sebuah bot pam lebih kurang 2 batu nautika di kawasan perairan Pulau Tabawan, Kunak semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi berkata hasil rondaan yang dilakukan, bot peronda Maritim Malaysia menerusi Operasi Pluto Timur berjaya mengesan sebuah bot pam berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan lebih kurang pukul 5.00 petang.

Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya).

Komander Maritim Nik Mohd Rizam turut memaklumkan Zon Maritim Lahad Datu juga telah menahan dua lelaki berbangsa Bajau Laut (tiada dokumen) umur 22 dan 38 tahun.

Kedua-dua mereka serta bot ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Turut dirampas sebuah enjin bot, sebuah kompressor dan dua botol bom ikan.

Komuniti maritim terutamanya di Sabah diingatkan agar tidak melakukan aktiviti bom ikan kerana aktiviti ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah membawa kesan negatif kepada ekosistem akuatik dan juga membahayakan nyawa serta aktiviti menyelam.

Zon Maritim Lahad Datu akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu.

Orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau MERS 999.

 

2acbaa90741b77272acbaa90741b77275e386a421c77bc5c5e386a421c77bc5cWhatsAppImage2023 06 14at08.14.32252812529   0a592fa5aa6b9b2b0a592fa5aa6b9b2b2d93460e974bd0d02d93460e974bd0d0WhatsAppImage2023 06 14at08.14.32   5221937d3d7c4b33a8ae6e9dd08a1c277e9251e98ec06a647e9251e98ec06a64WhatsAppImage2023 06 14at08.14.31
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON