24
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA ANJUR PERBINCANGAN MEJA BULAT MENGENAI ISU LAUT CHINA SELATAN BERSAMA PAKAR

PUTRAJAYA, 13 Jun – Kawasan perairan Malaysia yang berada di kawasan Laut China Selatan (LCS) kekal menjadi keutamaan Malaysia sehingga hari ini, rentetan itu Maritim Malaysia telah menganjurkan Forum ‘Expert Briefing’ dan perbincangan meja bulat mengenai pembangunan strategik Laut China Selatan dan implikasi kepada Maritim Malaysia.

Program berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM).

Tiga pakar geo-strategik telah dijemput khas dari universiti awam dan agensi kerajaan untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat terkini mengenai Laut China Selatan (LCS) dari sudut pandangan ahli akademik dalam sesi syarahan pada sebelah pagi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya Maritim Hamid Bin Haji Mohd Amin turut berkesempatan meluangkan masa menyertai sesi penerangan dan perbincangan meja bulat bersama barisan akademia bagi membincangkan mengenai pembangunan strategik Laut China Selatan (LCS).

Panel-panel yang terlibat ialah Dr. Hoo Chiew Ping, Pensyarah Kanan Strategic Studies and International Relations (SSIR) Programme, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sumathy Permal, Felo Kanan dan Ketua The Centre for Maritime Security and Diplomacy, Maritime Institute of Malaysia (MIMA), dan Dr. Ngeow Chow Bing, Pengarah The Institute of China Studies, Universiti Malaya (UM).

Program diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya ini dibuat secara tertutup kepada warga Maritim Malaysia dan ianya dilaksanakan secara hibrid oleh kakitangan di Maritim Negeri dan Zon Maritim dari seluruh negara.

Program ini akan bersambung esok bersama Puan Jalila Abdul Jalil, Pegawai Penyelidik dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengupas isu Laut China Selatan ini dari sudut pandangan pakar perundangan ‘Ocean Law and Policy’.

 

.

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON