25
Thu, Apr

OP PERTIWI | CEROBOH PERAIRAN NEGARA, LAPAN KRU WARGA ASING DITAHAN

PULAU PINANG, 13 Jun – Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan dua Bot Nelayan Asing (BNA) Indonesia di kedudukan 28 dan 30 batu nautika barat daya Pulau Kendi di antara jam 10.13 hingga 10.30 pagi, 11 Jun lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, mereka ditahan ketika KM BURAU melakukan rondaan rutin dalam OP PERTIWI, telah mengesan dan merapat ke atas kedua-dua bot berkenaan untuk pemeriksaan.

BNA pertama ditahan di kedudukan 28 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada jam 10.13 pagi ketika sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong warga Indonesia bersama hasil perikanan lebih kurang 400 kilogram ikan campur.

Manakala tangkapan kedua dibuat lebih kurang pada jam 10.30 pagi semalam di kedudukan 30 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat empat kru warga Indonesia termasuk tekong berada di atas bot berkenaan bersama hasil tangkapan ikan yang dianggarkan sebanyak 100 kilogram.

Kesemua kru yang berada di kedua-dua bot berkenaan berumur lingkungan 13 hingga 20 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kedua - dua bot itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit yang sah dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki peraiaran negara ini tanpa memiliki pas yang sah.

Kru, bot, dan hasil tangkapan ikan campur berjumlah 500 kilogram ditahan dan dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Negeri Pulau Pinang tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera.

1eba954d180389c51eba954d180389c5BNAINDOPENANG3
 
90bc78a68ac8e64c90bc78a68ac8e64cBNAINDOPENANG2
 
7eb308d6c3029c297eb308d6c3029c29BNAINDOPENANG4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON