28
Thu, Mar

ZM KUALA PERLIS SANTUNI KOMUNITI NELAYAN SEMPENA HKKM 2023

KUALA PERLIS, 8 Jun – Bagi merapatkan hubungan komuniti maritim, satu Program Menyantuni Komuniti Nelayan dan Pendedahan Terhadap Aspek Keselamatan di Laut telah dianjurkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis di sekitar perairan Kuala Perlis, Perlis sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada nelayan terhadap kepentingan mengutamakan keselamatan sewaktu berada di laut dan memberi ruang kepada komuniti nelayan yang mencari hasil laut di sekitar perairan Kuala Perlis selain berkongsi masalah yang dihadapi disamping menjadi mata dan telinga agensi ketika berada di laut.

Program ini turut dibantu oleh Pegawai Staf Operasi (PSO) Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Madya Maritim Mohamad Imran bin Hamedin dalam memberi penerangan khusus kepada nelayan-nelayan tentang aspek keselamatan di laut.

Pada program yang sama risalah berkaitan keselamatan di laut serta cenderahati daripada Maritim Malaysia turut diedarkan kepada komuniti nelayan yang hadir.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON