19
Fri, Apr

OP JAKSA | SEORANG WARGA MYANMAR DITAHAN KERANA BEKERJA TANPA PERMIT DI BOT NELAYAN TEMPATAN

MERSING, 6 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana menggajikan seorang warga Myanmar di kedudukan sekitar 1.3 batu nautika barat daya Pulau Besar pada jam 9.00 malam semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, pasukan operasi telah memeriksa dan menahan bot itu ketika dalam rondaan rutin OP JAKSA dan OP TIRIS di perairan tersebut.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot nelayan kelas A itu dikendalikan oleh dua warga tempatan termasuk tekong dan seorang warga Myanmar yang bekerja tanpa permit serta kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan dan hanya memiliki kad pelarian UNCHR.
Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 25 hingga 41 tahun disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Bot serta kru ditahan bersama 200 kilogram hasil laut dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

56b3b933c72732ea56b3b933c72732eaWhatsAppImage2023 06 06at15.45.4028129

 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON