25
Thu, Apr

OP JAKSA | BOT NELAYAN DITAHAN, GUNA ALAT MENANGKAP IKAN YANG TIDAK DIBENAR

MERSING, 8 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing telah menahan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan empat batu nautika selatan Tanjung Kempit, sekitar jam 11.00 malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, bot nelayan tempatan kelas C itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam rondaan OP JAKSA.

Hasil pemeriksaan ke atas bot nelayan tempatan itu didapati telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak ditetapkan dalam syarat sah lesen.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah sembilan kru bot nelayan itu merupakan warga Vietnam berumur lingkungan 20 hingga 54 tahun termasuk tekong.

Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Bot serta kru ditahan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia tidak berkompromi dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan salah laku dan insiden di laut, orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 dan Pusat Operasi Zon Maritim Mersing di talian 07-798 2529 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 05 08 at 12.59.18 1

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON