29
Fri, Mar

OP JAKSA | 3 NELAYAN WARGA MYANMAR KENDALI BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

MERSING, 5 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing  telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana menggajikan tiga warga Myanmar di kedudukan lebih kurang 2.9 batu nautika timur Pulau Tinggi pada jam 6.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, pihaknya sedang menjalankan rondaan OP JAKSA telah memeriksa dan menahan bot nelayan tempatan tersebut ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiga daripada lima kru bot nelayan tempatan tersebut merupakan warga Myanmar tidak memiliki kelulusan bertulis atau permit kerja dari Ketua Pengarah Perikanan.

Semua kru bot nelayan Kelas C tersebut terdiri daripada tiga warga Myanmar dan dua warga tempatan termasuk tekong berumur lingkungan 35 hingga 51 tahun.

Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot serta kru ditahan bersama 600 kilogram hasil laut dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan salah laku dan insiden di laut, orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 dan Pusat Operasi Zon Maritim Mersing di talian 07-7982529 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 05 05 at 12.38.02

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON