29
Fri, Mar

MENCARI KEBERKATAN RAMADAN, ZON MARITIM BINTULU LAKSANA PROGRAM BAKUL RAMADAN

BINTULI, 11 April – Zon Maritim Bintulu bersama pihak PETRONAS telah melaksanakan Program Bakul Ramadan yang merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Sahabat Maritim bagi tahun ini.

Program ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 9 dan 10 April di dua kawasan berbeza iaitu di Kampung Balingian dan Kampung Sungai Plan, Bintulu.

Program tersebut menyasarkan kepada komuniti maritim setempat dan golongan Asnaf untuk diberikan sumbangan bakul makanan mengandungi bekalan makanan kering seperti beras, minyak masak, biskut dan banyak lagi yang diharapkan mencukupi bagi menampung sekurang-kurangnya empat orang sekeluarga untuk tempoh sebulan.

Ini adalah sebagai inisiatif dan usaha untuk meringankan beban mereka yang memerlukan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, sebanyak 280 buah bakul makanan telah diagihkan di dua buah kampung dalam masa dua hari tersebut.

Beliau turut berharap agar program sebegini akan diteruskan lagi di masa hadapan.

Selain daripada pengagihan bakul makanan, pihak Zon Maritim Bintulu turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan taklimat 'Preventive SAR' yang disampaikan oleh Pegawai Staf Operasi kepada komuniti maritim yang hadir.

Peluang ini diambil kerana program tersebut diadakan berhampiran dengan kawasan kejadian bot pancing yang telah karam di perairan Mukah pada bulan September tahun lalu dan telah mengorbankan dua orang mangsa yang mana seorang lagi mangsa masih hilang sehingga hari ini.

 

BINTULU PETRONAS 2   BINTULU PETRONAS 4   BINTULU PETRONAS 5    BINTULU PETRONAS 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON