19
Fri, Apr

MARITIM NEGERI KELANTAN RAMPAS 400 RIBU BATANG ROKOK PUTIH TERAPUNG

Maritim Negeri Kelantan telah merampas sejumlah 40 kotak rokok putih yang ditemui terapung kelmarin pada jarak lebih kurang 25 batu nautika daripada muara Tok Bali.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin menjumpai sejumlah bungkusan berwarna coklat yang timbul di permukaan air dalam keadaan berselerak.

Anggota bot peronda seterusnya membawa kesemua bungkusan berwarna coklat yang ditemui ke atas bot.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua 40 bungkusan berwarna coklatyang ditemui merupakan rokok putih yang disyaki tidak berkastam.

Kesemua 40 kotak rokok tersebut seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.

Maritim Negeri Kelantan mengesyaki penyeludup tidak sempat mengambil kesemua rokok terapung ini dan mereka terpaksa meninggalkan bungkusan rokok berkenaan setelah menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia.

Rokok yang ditemui ini juga disyaki akan dipasarkan di beberapa tempat di negeri – negeri Pantai Timur dan turut menyasarkan kegunaan lebih kurang 20,000 perokok.

Kesemua 40 kotak ini mengandungi lebih kurang 400,000 batang rokok putih dan dianggarkan bernilai RM418 ribu.

Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Maritim Negeri Kelantan akan terus komited memastikan perairan negeri Kelantan terpelihara daripada sebarang kegiatan yang menyalahi undang -undang.

Sekiranya terdapat sebarang aduan berkenaan aktiviti yang mencurigakan atau jenayah di laut, salurkan sebarang maklumat melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan di talian 09-778 0070.

 

ROKOK KELANTAN 2
 
ROKOK KELANTAN
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON