20
Sat, Apr

MARITIM MALAYSIA BANTU KOMUNITI NELAYAN LANGKAWI

LANGKAWI, 6 April – Maritim Negeri Kedah dan Perlis dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah iaitu Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria telah menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan kepada komuniti Nelayan Penarak,Kampung Penarak, Langkawi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, program “Sumbangan Ikhlas Ramadan” mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dalam menjayakan program kali ini.

Penganjuran program tersebut merupakan inisiatif Maritim Malaysia khususnya di daerah Langkawi dalam memberikan sumbangan khidmat sosial kepada komuniti tempatan.

Sebanyak 40 bakul makanan diagihkan kepada komuniti Nelayan Daerah Langkawi khususnya nelayan kampung Penarak.

Maritim Negeri Kedah dan Perlis juga turut mengedarkan risalah Kempen Keselamatan Di Laut kepada penerima sumbangan yang merupakan komuniti maritim dan menjalankan aktiviti harian di sungai mahupun di laut.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program dan berharap ia dapat diteruskan oleh semua agensi kerajaan mahupun badan-badan korporat dalam usaha membantu golongan yang memerlukan khususnya di Langkawi.

 

MARITIM LANGKAWI BANTU 2
 
MARITIM LANGKAWI BANTU
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON