25
Thu, Apr

CUBA LOLOSKAN DIRI, 19 PATI BERJAYA DITAHAN

PELABUHAN KLANG, 6 April – Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor berjaya menahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia termasuk tekong pada kedudukan sekitar 1.6 batu nautika barat daya Pantai Klanang, Selangor kerana cuba menyeludup masuk secara haram ke Malaysia awal pagi tadi.
 
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, berdasarkan maklumat berpandukan hasil risikan yang diterima, satu vesel dalam keadaan mencurigakan telah dikesan di Perairan Sungai Klanang.
 
Maritim Malaysia Negeri Selangor telah mengatur gerak sebuah bot ronda bagi memintas vesel tersebut. Menyedari kehadiran pihak berkuasa bot itu cuba meloloskan diri dan berlaku adegan kejar mengejar hampir 30 minit sebelum terkandas dan hampir tenggelam, insiden ini membawa kepada penahanan bot itu pada pukul 2.30 pagi.
 
Hasil siasatan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong dan dua kru warga Indonesia berumur 48 dan 60 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dipercayai dari Tanjung Balai, Indonesia
 
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat 11 penumpang lelaki dan lima wanita dalam lingkungan umur 26 hingga 53 tahun juga tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah berada di geladak tengah bot yang hampir tenggelam ketika ditahan.
 
Bot yang bocor tidak dapat diselamatkan dan tenggelam di lokasi tangkapan manakala kesemua PATI yang ditahan telah dipindahkan ke bot ronda Maritim Malaysia sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.
 
Menurut salah seorang PATI, bayaran yang dikenakan untuk satu perjalanan menyeludup masuk dengan cara ini dianggarkan sebanyak RM 1,500 sekepala.
 
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana membawa masuk atau keluar PATI. 
 
Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden yang berlaku di laut ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 
 
WhatsApp Image 2023 04 06 at 11.49.58 3   WhatsApp Image 2023 04 06 at 11.49.58 2   WhatsApp Image 2023 04 06 at 11.49.57 1
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON