24
Wed, Apr

SOUTH CHINA SEA (SCS) SUB-FORUM TINGKAT KERJASAMA APMM DENGAN ENTITI ANTARABANGSA

PUTRAJAYA, 4 April - South China Sea (SCS) Sub - Forum di bawah kerangka kerja Boao Forum for Asia (BFA) 2023 Annual Conference bertemakan ‘Shared Responsibility and Vision : Building an Order of Cooperation and Security in the South China Sea’ telah diadakan di Hainan, China pada 30 hingga 31 Mac 2023 lalu.

Forum itu telah diadakan buat pertama kalinya selepas wabak pandemik COVID – 19 melanda dunia dihadiri oleh dua pegawai dari Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia iaitu Komander Maritim Dr. Suzanna Razali Chan dan Leftenan Komander Maritim Nur Hafiza Hasan bersama wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penganjuran SCS Sub-forum ini adalah bertujuan sebagai platform interaksi dan dialog bagi meningkatkan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kerjasama maritim serantau, berdasarkan empat tema termasuklah dalam bidang CARILAMAT maritim.

Forum ini dihadiri lebih 150 orang delegasi daripada pelbagai agensi kerajaan, institut penyelidikan, cendiakawan, organisasi antarabangsa, dan institusi pengajian maritim dari negara-negara maritim serantau termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.

Komander Maritim Dr. Suzanna Razali Chan telah menyampaikan perkongsian berkenaan ‘Equality, Sharing and Pragmatism: Prospects for Maritime Search and Rescue Cooperation in the South China Sea’. Intipati perkongsian termasuklah kerjasama ASEAN, perkongsian sumber maklumat, teknologi dan latihan bersama untuk CARILAMAT maritim, khususnya di Laut China Selatan.

 

WhatsApp Image 2023 04 04 at 11.14.32

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON