18
Thu, Apr

OP JAKSA/OP MARDOF BARAT | UBAHSUAI TANGKI MINYAK, DUA BOT NELAYAN BERSAMA 11 KRU DITAHAN

MERSING, 21 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah menahan dua bot nelayan tempatan pada kedudukan 1.0 batu nautika selatan Pulau Tinggi sekitar jam 11.00 pagi semalam.
 
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, dua bot nelayan tempatan kelas C itu ditahan oleh pasukan peronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan OP JAKSA / OP MARDOF BARAT. 
 
Hasil pemeriksaan mendapati, kedua - dua bot nelayan tempatan itu disyaki telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu menambah ruangan dan mengubahsuai tangki minyak bot nelayan mereka.
 
Hasil pemeriksaan ke atas dokumen pula, kesemua 11 kru daripada kedua-dua bot nelayan tersebut merupakan warga Indonesia dalam lingkungan umur 25 hingga 44 tahun termasuk tekong.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan dalam buku lesen.
 
Bot serta kru ditahan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading sebelum diserahkan kepada kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
 
Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti marin khususnya pemilik bot nelayan tempatan agar mematuhi undang - undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah ditetapkan.
 
Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau MERS 999 untuk tindakan segera.
 
 
WhatsApp Image 2023 03 21 at 17.02.01
 
WhatsApp Image 2023 03 21 at 17.02.01 2
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON