20
Sat, Apr

DUA BOT NELAYAN DITAHAN TANPA LESEN, LANGGAR SYARAT DAN GAJIKAN PATI

GEORGETOWN, 7 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan dua bot nelayan tempatan tanpa lesen dan langar syarat kerana mengajikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada sekitar jam 10.41 pagi dan 10.20 malam semalam 
 
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, penahanan itu dibuat oleh kapal dan bot Maritim Malaysia ketika dalam rondaan rutin OP PERTIWI dan OP TANJUNG.
 
Penahanan pertama dilakukan selepas pemeriksaan ke atas bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 16.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi yang berpangkalan di Bagan Hutan Melintang, Perak dikendalikan oleh seorang tekong dan dua kru warga Thailand serta seorang kru warga Myanmar berumur  antara 23 hingga 63 tahun, dua di antara kru bot itu gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah serta menggajikan kru warga asing.
 
Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu pemilik bot menggunakan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.
 
Penahanan bot nelayan kedua dilakukan pada kedudukan 0.61 batu nautika tenggara Gertak Sanggul yang berpangkalan di Jeti Teluk Kumbar dikendalikan oleh empat kru kesemuanya warga tempatan berumur antara 18 hingga 51 tahun kerana gagal mempamerkan lesen dan bot tidak diusahakan sendiri pemiliknya. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985. 
 
Kedua-dua bot serta kesemua kru ditahan bersama 500 kilogram hasil laut bagi bot nelayan kelas C dan lima kilogram hasil laut bagi bot kelas A seterusnya dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung dan jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk tindakan lanjut.
 
Maritim Malaysia mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang berdegil menggajikan PATI untuk bekerja di atas bot mereka walaupun amaran dan tangkapan telah dibuat.
 
Maritim Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
 
Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04 - 2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 
 
WhatsApp Image 2023 03 07 at 08.03.36   WhatsApp Image 2023 03 07 at 08.03.37   WhatsApp Image 2023 03 07 at 08.04.02
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON