18
Thu, Apr

KUNJUNGAN HORMAT DEPUTY COMMANDER U.S COAST GUARD PACIFIC AREA KE ATAS TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 6 Mac – Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) yang menanggung kerja jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin telah menerima kunjungan hormat Deputy Commander U.S Coast Guard Pacific Area (PACAREA), RADM Matthew W. Sibley di pejabatnya hari ini.

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan selain menjadi platform perbincangan dua hala di antara Maritim Malaysia dan U.S Coast Guard PACAREA berkaitan isu-isu yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang di laut.

Di akhir pertemuan, kedua-dua pihak meluangkan masa untuk bergambar dan bertukar-tukar cenderamata sebagai simbolik kerjasama erat yang terjalin sekian lama semakin diperkukuhkan dalam kunjungan hormat ini.

 

WhatsApp Image 2023 03 06 at 15.08.35   WhatsApp Image 2023 03 06 at 15.08.35 1
     
WhatsApp Image 2023 03 06 at 15.08.35 2   WhatsApp Image 2023 03 06 at 15.08.36
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON