28
Thu, Mar

26 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN SUNGAI JANGGUT

PELABUHAN KLANG, 1 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Selangor telah merampas 26 unit bubu naga di perairan Barat Laut Sungai Janggut sekitar jam 11.00 pagi pada 28 Februari lalu.
 
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, semasa rondaan rutin di Perairan Barat Laut Sungai Janggut, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan beberapa pelampung yang mencurigakan di 0.5 dan 0.6 batu nautika Barat Laut Sungai Janggut.
 
Hasil pemeriksaan awal mendapati, kedua-dua pelampung itu diikat dengan peralatan disyaki bubu naga yang mengandungi 13 unit pada setiap satu pelampung.
 
Setelah menunggu kira-kira 30 minit, tiada bot nelayan yang menghampiri kawasan terbabit.
 
Kesemua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat.
 
Anggaran nilai rampasan bubu naga kali ini adalah berjumlah RM 1,300 dengan harga RM 50 setiap satu unit.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
 
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.
 
Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 

WhatsApp Image 2023 03 01 at 08.28.14

 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON