19
Fri, Apr

AKTIVITI UJI CERGAS DAN PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA RUMAH SUKAN ZON MARITIM KUALA KEDAH

ALOR SETAR, 28 November – Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (Kesmar) Zon Maritim Kuala Kedah telah menganjurkan aktiviti uji cergas dan Pertandingan Badminton Tertutup Antara Rumah bersempena Sukan Tahunan Zon Maritim Kuala Kedah semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak telah merasmikan Pertandingan Badminton Tertutup Zon Maritim Kuala Kedah ini yang berlangsung di Dewan Dato' Syed Omar, Alor Setar dengan dihadiri seramai 56 orang pegawai dan anggota zon.

Uji cergas dimulakan dengan aktiviti santai senamrobik selama satu jam bertujuan bagi memanaskan badan sebelum pertandingan bagi meningkatkan tahap kecergasan anggota serta dapat mengeratkan hubungan sillatu rahim antara pegawai dan anggota zon.

Pertandingan Badminton Tertutup Zon Maritim Kuala Kedah telah dimenangi oleh rumah sukan Pom Pom( Biru). Tempat Kedua disandang oleh rumah rumah sukan Singa Besar (Merah) dan tempat ketiga dimenangi oleh rumah sukan Harimau (Emas).

WhatsApp Image 2021 11 29 at 2.02.50 PM    WhatsApp Image 2021 11 29 at 2.02.54 PM 2       
           
 WhatsApp Image 2021 11 29 at 2.02.52 PM   WhatsApp Image 2021 11 29 at 2.18.05 PM      
 WhatsApp Image 2021 11 29 at 2.02.53 PM 1   WhatsApp Image 2021 11 29 at 2.02.52 PM 1      
           
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON