WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SANDAKAN, 11 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Sandakan (DM17) telah menahan sebuah bot nelayan tempatan disyaki sedang leka melakukan aktiviti menarik pukat di pesisir pantai Tanjung Aru petang tadi.

Pengarah Operasi DM17, Leftenan Komander Maritim Yusoff bin Mohamed Ali berkata, bot nelayan tersebut tidak menyedari kehadiran kapal peronda APMM.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan tersebut telah melakukan kesalahan melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti menarik pukat kurang tiga batu nautika dari pantai.

“Seorang tekong dan dua orang awak-awak warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 14 hingga 47 tahun ditahan bersama hasil tangkapan anggaran lebih kurang 200 kilogram ikan pelbagai jenis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, bot nelayan tersebut disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen. Bot nelayan telah diiring masuk ke jeti untuk siasatan lanjut.

IMG 0786

Sumber : Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Sandakan (DM17)

Laskar Kelas I Maritim Mohd Dhiyaurrahman bin Shaari