LANGKAWI, 17 November - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Undang-Undang Penguatkuasaan Serantau Antarabangsa, Komander United State Coast Guard (B) Richard Kavanaugh bersama tetamu pengiring daripada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur iaitu Connie Yong di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Pulau Langkawi, pagi tadi.
Pertemuan ini bertujuan untuk bertukar pandangan berkaitan isu-isu yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang penguatkuasaan di laut terutamanya kawasan yang terletak berhampiran sempadan negara asing.
Pertemuan ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Saliza binti Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Negeri Kedah dan Perlis, Komander Maritim Mohd Faizal bin Ahmad.