WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 26 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Kota Kinabalu telah mengadakan satu dialog bersama Jabatan Perikanan (Sabah) dan ketua-ketua kampong  tempatan di Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar  bagi membincangkan masalah pencerobohan dan pengeboman ikan dikawasan pelantar minyak di sini hari ini.

Tujuan dialog ini diadakan bagi memperingatkan kepada komuniti nelayan tempatan mengenai kesan dan akibat dari aktiviti pengeboman ikan yang semakin hari semakin berleluasa pada akhir-akhir ini.

Dialog yang dipengerusikan oleh Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu Kepten Maritim Zin Azman Md Yunus yang diadakan di Pejabat Daerah Maritim Kota Kinabalu, memperincikan tentang bahaya aktiviti pencerobohan dan kesan masa panjang terhadap ekosistem di  laut serta pelancongan dan ekonomi negara. Perincian ini juga bagi memberi  gambaran sebenar  kepada nelayan tempatan tentang bahaya menceroboh kawasan pelantar minyak.

Menurut salah seorang ketua kampung nelayan yang hadir di mesyuarat ini, penerangan ini telah memberi satu kesedaran tentang bahaya aktiviti dan kesan ekosistem laut di kawasan batu karang dan mengakibatkan pupusnya ikan- ikan yang berada di kawasan terbabit dan beliau juga berjanji akan menerangkan kepada nelayan-nelayan tempatan yang berada di kampong kelolaan beliau.

Zin Azman turut mengingatkan kepada komuniti nelayan dan memberi risalah tentang kesedaran keselamatan di laut yang mana nelayan-nelayan tempatan sering mengendahkan tentang keselamatan diri ketika berada di laut.

Ini berikutan statistik awal tahun menunjukan nelayan-nelayan kecil tidak memakai jaket kesemalatan semasa di laut.

Berikutan dengan itu, Maritim Malaysia Kota Kinabalu juga telah mengadakan satu program kesedaran dilaut yang melibatkan pengusaha-pengusaha bot penumpang ke Pulau Mantani yang di adakan semalam (Selasa).

Sehubungan itu, Zin Azman mengingatkan pengusaha-pengusaha bot  supaya menjadikan keselamatan penumpang adalah keutamaan di laut supaya kejadian bot karam akibat lebihan penumpang tidak berlaku. Beliau turut menyatakan sekiranya berlaku kemalangan,rompakan atau sebarang aktiviti mencurigakan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Kota Kinabalu di talian 088-387 845 atau MERC 999.