29
Fri, Mar

ZON MARITIM KUALA PERLIS RAI KOMUNITI MARITIM SETEMPAT DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN SEKITAR DENGAN BUBUR LAMBUK

KUALA PERLIS, 14 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis semalam telah mengedarkan 650 bubur lambuk kepada komunit maritim serta agensi kerajaan di Kuala Perlis.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, program ini merupakan aktiviti tahunan Zon Maritim Kuala Perlis bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan seramai 60 pegawai dan anggota bergotong-royong memasak bubur lambuk sebagai inisiatif warga Zon Maritim Kuala Perlis dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sebanyak 650 bungkusan bubur lambuk kali ini diagihkan kepada wakil penduduk perkampungan nelayan Sungai Baru, Sungai Padang dan Kuala Perlis yang merupakan Kampung Angkat Maritim Malaysia serta agensi kerajaan di Kuala Perlis iaitu Polis Diraja Malaysia Kuala Perlis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Perlis, Pasukan Gerakan Am Kuala Perlis, Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Perlis, Klinik Kesihatan Kuala Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk mengeratkan lagi hubungan antara penguatkuasa dan masyarakat.

Dalam pada masa yang sama, Maritim Malaysia juga mengingatkan kepada komuniti maritim untuk mematuhi peraturan yang diwartakan kerajaan. Meskipun aktiviti perikanan dibenarkan namun aspek keselamatan diri perlu diambil perhatian oleh setiap nelayan yang turun ke laut lebih-lebih lagi keadaan laut ketika ini tidak menentu.

Sebarang laporan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia menerusi talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.

 

WhatsApp Image 2022 04 14 at 12.45.56 PM    WhatsApp Image 2022 04 14 at 12.45.57 PM   
       
 WhatsApp Image 2022 04 14 at 12.46.09 PM   WhatsApp Image 2022 04 14 at 12.46.08 PM  
       
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON