LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PORT DICKSON, 12 November - Satu Latihan “Incident Command System 300 - ICS 300” telah diadakan di Shell Refining Company (FOM) Bhd, Port Dickson.

Latihan merupakan sebahagian Program Transformasi Sosial ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai Spill Consult Limited yang berpengkalan di United Kingdom, London melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti pihak hospital, Polis DiRaja Malaysia, JPAM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Maritim Malaysia dari Daerah Maritim 5 Kuala Linggi (DM 5).

Latihan ini juga melatih pasukan keselamatan Shell dalam menangani situasi bencana di tempat kerja seperti kejadian tumpahan minyak atau menyelamat mangsa sebelum bantuan dari agensi yang bertanggungjawab tiba ke lokasi.

Maritim Malaysia telah menghantar dua pesawat Bombadier, bot Pengawal 49 dan Petir 91. Ketua Penguat Kuasa DM5, Kepten Maritim Abu Bakar bin Idris dijemput sebagai tim pemerhati di latihan tersebut.

BB IMG 0515  IMG 0562 BBB 

Sumber   : Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Kuala Linggi

                  BK (M) Roslan Bin Ibrahim