29
Fri, Mar

BOT TUNDA DAN TONGKANG DITAHAN, DISYAKI MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN

TANJUNG MANIS, 11 Februari – Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot tunda bersama tongkang kerana disyaki melakukan beberapa kesalahan  iaitu gagal mengemukakan sijil pendaftaran vesel, beroperasi tanpa memiliki lesen perkapalan domestik yang sah, gagal mengemukakan sijil penguntukan radas serta gagal mengemukakan 'port clearance' semasa pemeriksaan dilakukan semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, tangkapan ini adalah hasil rondaan dan pemantauan berterusan yang dijalankan oleh aset Maritim Malaysia di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan anggota Maritim Malaysia ke atas bot tunda dan tongkang berkenaan, terdapat seorang master dan seorang kru warga tempatan serta dua kru warga Indonesia dalam lingkungan umur 28 hingga 62 tahun berada di atas kedua-dua aset laut berkenaan.

Kesemua aset bersama kru ditahan seterusnya dibawa ke jeti Terminal Tanjung Manis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan (MSO) 1952, Akta Kastam 1967 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT TUNDA SALAH

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON