LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHRU 27 November - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Mersing (PZM Mersing) dan Ketua Pengarah Kanan Unit Penguatkuasaan dan Eksesais Seksyen Operasi Maritim Negeri Johor (KPK P&E) kepada Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor pada petang tadi.

Majlis diadakan berikutan pertukaran keluar Kepten Maritim Haris Fadzillah Bin Abdullah selaku PZM Mersing ke jawatan Pengarah Maritim Negeri Negeri Sembilan dan Melaka manakala Kepten Maritim Mohd Sulhan Bin Zainon selaku KPK P&E ke Pejabat Majlis Keselamatan Negara di Putrajaya selepas Kedua dua mereka dinaikkan pangkat kepada Kepten Maritim berkuatkuasa 31 Oktober 2019 lalu.

Majlis telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Aminuddin Bin Hj. Abdul Rahsid Pengarah Maritim Negeri Johor dan disaksikan oleh warga Maritim Negeri Johor.

 

WhatsApp Image 2019-11-27 at 4.30.15 PM

WhatsApp Image 2019-11-27 at 4.31.57 PM

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Johor