LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 26 NOV - Maritim Negeri Pahang hari ini telah menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baru dengan pelantikan Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang bagi menggantikan Pengarah terdahulu Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar yang akan bertukar keluar ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim.

 

Majlis serah terima tugas ini turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Mohamed di perkarangan utama Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang.

 

Dato’ Zulkarnain berkata, pelantikan Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baharu ini diharap dapat meneruskan kelangsungan prestasi Maritim Negeri Pahang, seterusnya meningkatkan usaha memerangi ancaman jenayah serta memperkasakan tugas mencari dan menyelamat di laut.

 

Tambahannya,dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada , saya percaya ia dapat digunakan sehabis baik demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan perairan Malaysia amnya dan Negeri Pahang khususnya seterusnya mengukuhkan hubungan Maritim Malaysia dengan masyarakat.

 

Dalam pada itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan memberi nasihat serta pesanan kepada seluruh warga Maritim Negeri Pahang agar sentiasa bekerja dengan ikhlas dan progresif bagi memacu Agensi ini ke tahap yang lebih cemerlang dan memberi kerjasama serta komitmen sepenuhnya kepada Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baru untuk mencapai Visi dan Misi kearah kecermelangan, kata beliau dalam ucapan pagi tadi.

 

1   2

 

4   3

 

SUMBER : Pegawai Perhubungan Awam MN Pahang