LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 14 NOV – Satu majlis Perhimpunan Bulanan Pengarah Zon Maritim bersama warga Zon Maritim Tawau telah diadakan pada 14 November lalu bertempat di Aras 1, ruang legar pejabat Zon Maritim Tawau.
 
Majlis Perhimpunan Bulanan ini merupakan yang julung kalinya diadakan di antara Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam bersama warga Zon Maritim Tawau. Dalam ucapannya turut menyampaikan beberapa amanat kepada semua warga Zon Maritim Tawau agar mengetahui akan setiap limit tugasan yang dijalankan yang mana imej Agensi khususnya hendaklah sentiasa dijaga.
 
Pegawai dan anggota juga hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai menghormati terhadap pegawai atasan. Justeru itu, aspek kebajikan warga Zon Maritim Tawau akan sentiasa diberikan tumpuan berdasarkan penelitian dan melalui saluran yang betul.
 
Beliau dalam ucapannya juga turut menekankan mengenai pentingnya untuk menyimpan kerahsian segala data maklumat yang melibatkan pengoperasian Agensi. Pihaknnya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan najis dadah serta penglibatan dalam gejala rasuah. Akhir ucapan, beliau juga mengharapkan setiap pegawai dan anggota perlu bersama-sama membangunkan nama Agensi diperingkat yang lebih tinggi khasnya Zon Maritim Tawau.
 
Antara pengisian majlis perhimpunan kali ini adalah penyampaian Sijil Pekerja Contoh Bulanan kepada LK (M) Mohd Saiful Azli bin Zulkefli dari Unit Bot Kilat 38 bagi sesi bulan Oktober 2019. Turut hadir dalam perhimpunan pada kali ini ialah Timbalan Pengarah Zon (Pengurusan), Encik Boney Joumil dan Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin.
 
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som kerana telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui dan menaikkan imej APMM khususnya Zon Maritim Tawau.
 
 
web1 web2
web3 web4
 
Sumber / Foto : Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau