LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 7 Nov - Keriangan serta sorakan gemuruh warga pasukan Alu-Alu yang telah berhempas pulas mengeluarkan tenaga dan berentap sejak 4 September hingga 31 Oktober 2019 dalam melaksanakan Kejohanan Sukan Program 3K Peringkat Ibu pejabat kini berbaloi dengan pengumunan pasukan Alu- Alu menjadi Juara 2019. Pasukan ini telah menewaskan pasukan-pasukan yang lain iaitu Sembilang, Mersuji dan Siakap.

Kejohanan Sukan Program kali ini telah mempertandingkan sebanyak 13 acara antaranya Futsal, Badminton, Menembak, Fun Run, Bowling, Bola Jaring, Sepak Takraw, Bola tampar lelaki/wanita, Renang, Tarik tali, Pingpong, Dam Aji dan Dart.

Kejohanan Sukan Program 3K peringkat ibu pejabat telah bermula pada tahun 2016. Kejohanan kali ini merupakan edisi ke 4. Pada edisi pertama dan kedua pasukan Lekiu menjadi juara manakala edisi ketiga 2018 pasukan Syahbandar. Kejohanan sukan ini merupakan satu program kesihatan dan Kecergasan yang mana mengikut Arahan Ketua Pengarah Bil 20/2018 iaitu pelaksanaan dasar 3K iaitu Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan bagi warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) agar keterampilan sentiasa segak, cergas dan sihat.

Seramai 50 warga ibu pejabat telah menyaksikan penyampaian pingat kepada peserta- peserta yang memasuki acara ini. Dalam masa yang sama, satu upacara penyerahan bendera kontigen kepada ketua kontigen ibu pejabat telah disampaikan yang mana kotigen ini akan bertanding dalam Kejohanan Sukan Program 3K Peringkat APMM pula yang dijangka diadakan pada 11 November hingga 17 November 2019 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) nanti.

Majlis Penutup Kejohan Sukan Program 3K Ibu Pejabat serta penyerahan bendera Kontigen telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Manusia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Sabri bin Mohammed dan diiringi oleh Komander Maritim Mohd Zaidi bin Mohd Hariri.

 

 3k 3  3k1